Friday, 25 October 2013

Tongkat untuk orang patah kaki



TONGKAT UNTUK PATAH KAKI


Ini adalah antara tongkat yang aku guna...
macam suatu revolusi...

Mula-mula aku guna yang macam ada kaki empat tu..nama dia folding walker kot..aku pun tak pasti nama betoi..aku guna walker jenis ni sebab rasa lebih stabil dan selamat berbanding guna crutches atau tongkat ketiak..


Selepas tu, bila dah rasa kaki tak sakit sangat,baru berani guna crutches tu..masa kat hospital, orang fisio tu ajar guna crutches. bila guna tongkat ketiak ni , badan kena seimbang, bila jalan kepala jangan asyik tunduk bawah jer sebab nanti pening.badan kena tegak.tak boleh langkau jarak besar sangat.jalan takboleh kalut-kalut sangat..

 Lepas guna crutches tu, aku guna plak tongkat.. Mula-mula aku guna 2-2 tongkat ketiak (crutches) tu, pas rasa cam teror, aku guna satu jer. Lagipun senang nak dukung baby kalau guna satu jer.Tapi anak aku suka nak main tongkat ketiak tu. Masalah betul budak ni..

Sebab tu aku guna tongkat yang nenek-nenek pakai tu. Rasa senang. Lagipun kaki makin kuat.. cuma aku tak boleh bengkok kaki lagi. bengkok pun sekerat jer. aku kena buat banyak latihan ni..huhu...masalahnyer malasss...







sekarang aku macam nenek guna tongkat..huhu..
sabar jer la....



Friday, 11 October 2013

pengalaman patah tulang peha

Pengalaman patah tulang peha

Pada 25/9/2013 ,pas balik kerja... aku telah ter accident dengan sebuah kereta vios.. akibat kemalangan itu, peha aku patah.. patah tulang ni teramat ler sakit!! tunggu ambulan datang rasa lambat... perjalanan ke hospital terasa lama... dengan terhenjut-henjut ambulan tu, kaki aku lagi sakit...
Rasa sakit nak beranak pun tak seteruk macam sakit patah tulang ni..wuahhhh...

Tulang peha aku patah...
Tulang peha atau thighbone adalah tulang terpanjang dan terkuat dalam tubuh badan kita..
Tulang peha atau nama payahnya femur..




Jenis-jenis patah tulang peha ( types of femoral shaft fractures)


1) patah melintang (transverse fracture)
2) patah  melingkar (spiral fracture)
3) patah serong (oblique fracture)
4) patah remuk (comminuted fracture)
5) patah terbuka (open fracture)



Rawatan patah tulang

1- External fixation










 2- Intramedullary nailing

 




3- plates and screws




Aku punya rawatan ialah no.2.. Doctor yang buat macam tu.. kita bukan diberi pilihan pun..(mgkn doctor ada bagitaw kot kat laki aku) operation nak bubuh besi dalam tulang tu mengambil masa 2jam... masa operation kita akan diberi ubat bius. Jadi tak rasa sakit langsung pun. Celik mata, dah ada kat katil pn.. Ada orang kata selepas ubat bius hilang, kita akan rasa sakit, tapi aku tak rasa sakit langsung pun. Cuma rasa sakit masa nak duduk, nak berjalan, kalau gerak kaki pun sakit..Kalau duduk baring jer kat katil tu, tak ada rasa sakit pun...
rawatan no.2 ni nanti, besi tu nak kena bukak buang plak...huhu...tapi lambat lagi..doctor kata kalau cara no.2 ni, kita akan cepat baik..tempat jahit pun tak besar..doktor kata dalam 6minggu dah boleh jalan...(ada org pas MC 3bln, dah blh p kerja... aku kalau boleh nak MC sampai 6bln!)