Monday, 16 September 2013

MUNTAH, CIRIT, TAK LALU MAKAN

Apa itu rotavirus?
  • Rota bermaksud roda kerana bentuk virus ini seperti roda apabila dibawah elektron mikroskop
  • Rotavirus mudah tersebar melalui najis ke mulut, air tercemar atau alatan permainan yang disentuh pesakit
  • Jangkitan usus yang biasa berlaku pada kanak-kanak bawah 3tahun

Bagaimana mengenali jangkitan rotavirus?

  • cirit birit biasanya berlaku 3-9hari dan boleh berlanjutan hingga 3minggu. Najis berbentuk cecair
  • pesakit kanak-kanak mengalami gejala deman, cirit birit, sakit perut dan muntah
  •  cara melihat anak anda kehilangan air dalam badan dengan mencubit kulit dan jika dilepaskan cubitan, bahagian kulit tak kelihatan lembik atau jatuh
  •  kekurangan cecair badan disebabkan cirit birit dan muntah boleh membawa maut jika gantian cecair tak diberikan dengan segera

    Penyebab
  • tahap kebersihan yang kurang baik 
  • ia merebak melalui pencemaran najis

    Rawatan
  • bagi pencegahan
    • tabiat mencuci tangan selepas ke tandas dan sebelum makan
    • mencuci tangan selepas membersih najis
    • memastikan puting botol atau puting payudara bersih sebelum memulakan penyususan
    • kebersihan peralatan rumah seperti peralatan makanan, alatan permainan, lantai perlu sentiasa berkeadaan bersih
     
  • dehidrasi diubati dengan kemasukan cecair intravenous ke dalam badan
  • muntah dan cirit birit - pengambilan ORS 'oral rehydration'
  • lactos intolence - rawatan menerusi susu tanpa laktos
  • deman - ubat deman diberikan
  • antibiotik tak diperlukan kerana tak beri kesan dalam pencengahan


    MUNTAH, CIRIT-BIRIT, MAKAN TAK LALU
    Aku sebelum ni  tak penah dengaq pun nama virus ni...mgknsbb tak glamour sgt kot..aku taw pasai virus ni pn selepas anak aku sakit...mula-mula asyik cirit jer..makan tak lalu..susu pn xmo minum..muntah..anak aku muntah kt carseat! leceh nk basuh...!!!Oleh sbb xlalu mkn & minum ditambah plk asyik cirit..maka badan pn xlarat..asyik nk baring jer...cian aku tgk..klu tak sakit, suara dia ler yg paling kuat..mula-mula aku bwk p klinik kt samagagah..then doctor bg ubat.antibiotik pn ada gak..then pas sehari mkn ubat tp x baik jugak..aku google plk,then terbaca plk klu budak cirit x elok bg antibiotik..lgpn anak aku makin teruk..lembik..nk jln pn x boleh..then mak aku ajak p hosp di bandar perda...pastu pe lg...kena admit ler...3mlm gak lerberkampung kt hospital tu..  mlm ke2 plk..anak aku yg kecik tu pn kena admit gak..aduih..letih siot..2-2 anak kena admit..dh ler dibln puasa...dugaan yg mencabar di bln puasa thn ni..  ni antara gambar-gambar yg sempat di ambik ms kt hospital...

hari pertama irfan asyik teriak nak balik jer...kecian kat anak mama


ni 2-2 kena admit..saja request kt doktor nk katil sebelah menyebelah..sng ckit..so, mlm tu kami laki bini kena bermalam di hospital...




















pas dah sihat sikit...tak reti dok senyap...






No comments:

Post a Comment